Wednesday, November 5, 2008

Hari Dalam Kenangan


WASHINGTON 5 Nov. – Barack Obama, hari ini memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencipta sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain.

271,375 pendatang asing tanpa izin ditangkap


06/11/2008 12:43pm
KUALA LUMPUR 6 Nov. — Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu seramai 271,375 pendatang asing tanpa izin ditangkap menerusi penguatkuasaan Jabatan Imigresen, Rela dan Polis bagi tempoh 2001 hingga tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kerajaan menganggarkan terdapat lebih kurang satu juta pendatang asing tanpa izin di negara ini.
“Namun pada keseluruhannya, keadaan (kemasukan) pendatang asing tanpa izin di negara ini adalah terkawal kerana hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dan berterusan oleh Imigresen, Rela dan Polis,” katanya ketika menjawab soalan Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah), di sini.
Syed Hamid berkata, kos perbelanjaan mengurus untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin ke negara asal mereka melalui pengangkutan laut adalah RM205 seorang.
“Kos perbelanjaan melalui pengangkutan udara pula adalah dalam lingkungan RM1,200 dan RM3,600 bagi setiap pendatang bergantung kepada negara asal pendatang yang hendak diusir,” katanya.
Syed Hamid berkata, kira-kira dua peratus daripada jumlah kes jenayah di negara ini dilakukan pendatang asing tanpa izin. - Bernama